nuffnang

Monday, November 29, 2010

WHY?

Kenapa rasa tu muncul harini? Kenapa? Setelah sekian lama ia muncul kembali. Tapi kali ni ia datang dari orang yang berlainan dan situasi yang berlainan. Feel so loss today. Rasa ni sukar untuk ku tafsirkan kerna hanya aku yang mengalami dan memahaminya. Tapi disebabkan rasa ini suatu ketika dulu membuatkan aku berubah menjadi bukan diri aku yang sebenar. Sikap dan sifatku yang dulu sedikit demi sedikit terhakis dek rasa ini yang telah lama berbuku di hati. Sekarang setelah aku berusaha untuk memulihkannya ia kembali datang. Kenapa ia muncul di waktu macam ni. Kenapa kau membuatkan aku seolah-olah aku ni tiada perasaan? Sungguh ku tak mampu lagi menanggung keperitan dari rasa ini. Kata-kata mu yang berbisa telah menambah luka lama di hatiku.


Kau sungguh kejam. Langsung tidak memikirkan akan perasaanku. Sungguh sampai mati setiap patah perkataan dan kata-kata kau akan ku sematkan kukuh di hati dan di ingatanku. Andai selepas ini aku berubah menjadi lebih kejam dari dulu jangan kau salahkan ku kerna diriku sudah tidak berdaya menerima rasa ini lagi. Aku bukannya insan luar biasa yang mampu menerima itu semua dengan hati terbuka. Aku hanyalah insan biasa dan pastinya walau sedikit pun walang di hatiku pasti ada.


Sungguh ku tak mampu melupakan kata-kata ‘manis’ mu itu. Perit sungguh perit. Maafkan aku kerna aku tak upaya memenuhi permintaanmu yang kukira sudah terlampau dan melebihi kemampuanku. Kini jawapannya sudah ku ketahui. Kebenaran telah terbongkar dan ini menyebabkan hatiku sudah menjadi tawar setawarnya serta kering kontang. Tak mungkin kau mampu jadikannya sesubur tanah di Nil dan sejernih air di Gangga.


Luka yang kau berikan ini terlalu dalam. Tidak keterlaluan ku katakan aku tidak mampu berhadapan dengan kau apatah lagi memandang mu lagi walau hanya bayang-bayangmu kerna ia membuatkan aku lebih terluka. Izinkan ku teruskan langkah tanpa menoleh mu lagi. Hatiku sudah tak mampu ku ubati lagi. Biarlah masa, keadaan dan Allah sahaja yang menentukannya.



Sunday, November 7, 2010

First Time Call 999

kawan2 nk tau seumur hidup aku ni hr jumaat malam hritu buat ptama kalinya aku call 999.
hehe..yela sblum ni tak pernah ade kes kecemasan nk kna col 999..tp malam tu terpaksa call..
alkisahnya malam tu tengah syok tengok tv citer fast n furious tiba-tiba aku dengar bunyi bising2 suara orang.ingatkan orang kat bawah bergaduh mulut ke apa..lepas tu senyap aku wt tak tau jela..

Tiba-tiba pintu rumah aku diketuk bertalu-talu dengan kuat..dah la wktu tu tepat kul12malam. adoi sape plak yang datang malam2 ni musykil aku. nak kata kawan-kawan takde plak. sbb biasenya diorang akn call aku dulu nk dtg..lagipun tgh mlm mcm tu sape yg nk dtg..

berdebar-debar aku..yela dh la ketuk macam nk pecah pintu tu salam pun tak bagi..seb bek grill aku dah kunci awal-awal..aku duk pikir negatif2 dah ni..siap amik pisau n ape2 jela benda yg boleh pertahankan diri in case jd ape2 kn..pastu aku pergilah dekat ngan pintu skit..sekali trcium bau busuk..weekkkk nk muntah aku...pastu aku dengar mamat tu ketuk2 sambil panggil2 nama org..

"Jihan..jihan..bukak pintu ni..ni aku Hendry..."

aku pun branikan dirila melaung jawab dia tu dah salah rumah n rumah ni tak de org name mcm tu..

adoi blh plak dia wt drama dpn umh aku dia paksa jugak aku bukak pintu..takde nye aku nk bukak..yg plig kelakar dia siap bgtau dia ade IC..APE KES lak dia ni...confirm mabuk ni..

bau busuk tu bau arak la agknye..

aku pun cakap la ngan dia suh dia pergi sebelum aku col polis..mak aih makin kencang dia ketuk pintu umh aku n mrayu2 nak masuk..aku col kwn2 yg duk kt area hentian ni mtktlog diorg dtg tengok sape kt luar rumah ni..sekali diorg plak xde kt hntian ni diorg kt kajang..jd trpksala aku col 999...

yg buat aku geram punyela pyh nk dpt sambungan dengan polis..line bz..line bz...ade lam 10minit kot aku kna tgu bru dpt smbug pgilan..dh gtau ng operator tu dia gtau akn hntar peronda ke umah aku skng jugak..smntara tgu ade pgilan msuk rupanya polis yg bertugas tnyakn lokasi umh..lega skit aku rs..pastu kwn2 kt area hntian ni dh patah balik ke sini dan naik ke rumah aku ni intai sape kt depan umah aku ni..depa ramai2 naik..siap ajak geng lain ag..

dan memang org yg duk ketuk pintu tu org yang kami semua tak kenal..pastu depa turun balik tunggu polis sampai..then diorang naik rmai2...fuhh lega aku..dh siap wt report tu..polis ajak turun bawah semua sekali sekali dengan aku..dia soal siasat mamat tu..rupanya mamat tu mabuk dan silap rumah..tapi yang buat aku musykil kn..kt blok aku ni jarang ade pkerja kilang..dan aku pun tak pernah tengok muke mamat ni..


risau jugak aku..tengok dia pun macam cakap menipu je dengan polis tu..aku tak rasa dia duk blok aku ni mesti blok lain..dah tak nak panjang crita polis nasihatkn dia je..pastu masing-masing bersurai..huh fobia aku..tak pasal-pasal demam aku semalam..


rupanya malam tu ramai yang mabuk n buat kacau..geram tol aku..nak mabuk2 nk minum2 tu agak2lah..jgnlah buat kacau kt rumah org..geram tol aku...


moral of story jangan bukak pintu untuk org yang kita tak kenali terutamanya waktu malam..dan kalau boleh kawan-kawan yang nak datang umah call dulu bagitau nak dtg..bukan ape untuk mengelakkan kejadian tak diingini..sekarang ni kan macam-macam benda bahaya berlaku...


Thursday, October 28, 2010

Exam....Exam....Exam.....

huwaaa...lg 3hari nak exam..dh la dua paper berturut-turut...nasib bek sem ni final exam jz dua paper je..paper len xde final...waaa sronoknye aku...hihi..tp tula yg malangnye utk dua2 sbjek ni lgsug xde hint la..nk mlapah seme note n buku mmg sakitla...hailah...harap2 dr hussain nye soalan xdela myiksa jiwa raga aku sgt...yg dr suhaimi n ir mardina pn hrp2 ok jgk...kwn2 doakan ye..i'll do my best..chaiyoo...chaiyooo...:)



Wednesday, October 27, 2010

UNTIL MY LAST BREATH

Cannot cry it loud enough
I'm giving up this ghost
How can I still justify
When you deny my voice
In this nothing I am not allowed
I just follow alone
Words as weapons without a sound
Echoes dying unborn

Until my last breath
You'll never know
Until you feel the silence
When I am gone
Now is vanishing
Everything
What we might have been
Only now you praise
Call my name that you won't see again

Who can change this memory
Inside it needs to burn
Worship by the enemy
The guilty take their turns
Watching as it's disappearing
Shadows all that remain
Wishes slowly crossing over
In this parade of pain

Until my last breath
You'll never know
Until you feel the silence
When I am gone
Now is vanishing
Everything
What we might have been
Only now you praise
Call my name that you won't see again

Monday, September 13, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Salam lebaran buat semua rakan dan muslimin dan muslimat yang menyambut hari yang mulia ini. Setelah tamat sebulan berpuasa tibalah hari dan bulan yang penuh keberkatan ini. Ramadhan yang ditinggalkan memberi seribu satu kenangan dan semoga amal ibadat yang dilakukan sepanjang sebulan itu mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T..

Bercerita pasal balik kampung lak..aku beli tiket last2 minute seb bek ade tiket lg lau tidak tak braya la aku jawabnya. aku balik hari sabtu malam ahad. pagi ahad sampai kat umah. best oo berbuka kat kampung. tapi hari aku sampai aku ngan mak aku je berbuka kt umah pasal yang len2 tak pulang ag.. hari selasa semua ahli keluarga aku dah berkumpul lengkap. tiba time nk bukak pose tu. aku kira la pinggan nasi n bagi kat mak aku tuk isi nasi. sekali aku tengok sebijik lagi tak isi. aku tanyalah akak aku apesal sebijik lagi tak isi. Akak aku cakap dah cukup dah. aku cakap tak..satu lagi tak cukup. akak aku cakap lau xcaya kiralah balik sendiri. aku pun kira. satu-satu aku sebut nama. Sedih kejap pasal yang wat aku terlebih kira tu aku masukkan sekali ng arwah ayah aku..sayu je rasa sebab walaupun ayah dah tak de terasa dia masih ada besama-sama kami..

Esoknya aku pergi ke pusara ayah aku, sedih rasa. aku tak leh duduk lama-lama kat situ rasa sebak semacam je. Ustaz n ustazah aku dulu penah pesan xelok menangisi orang yang dah pergi apetah lagi menangis di kubur lagi menyeksa arwah nanti. aku tak nak roh arwah terseksa..aku sayang sangat ayah aku..jadi taknak dia terseksa di alam sana. Semoga roh ayahanda bersemadi dengan aman dan tenang di sana. Tiap tahun pergi beraya rumah sanak saudara mesti kisah arwah jugak dibangkitkan. Sedih betul aku rasa. Yela ayah seorang yang disukai dan disayangi semua jadi sebab tu pemergian ayah ku semacam satu kehilangan yang besar.


Berbalik pada hari raya pertama haritu macam biasala macam tahun-tahun lepas gak aku sekeluarga akan pergi sembahyang sunat aidilfitri di masjid kt kampung ni. Lepas selesai, aku sekeluarga nak balik la. Tapi kereta penuh jadi kena menunggu agak lama untuk keluar dari parking. yang nak jadi ceritanya kiri kanan kereta kitorang keluar dari parking serentak. kereta yang sebelah kanan kitorang nak ke kiri manakala yang kiri kitorang nak ke kanan. tiba-tiba dengar bunyi hon banyak kali gak. rupanya kereta dari kiri kitorang hon kete kanan kitorang. dah banyak kali dia hon yang kete belah kanan kitorang ni pun turunkan tingkap kete marah orang kete kiri kami tu yang xsabar2 tu. yela dah la salah jalan pastu suka2 hati je hon orang. mana pakcik kereta sebelah kitorang ni tak hot. memalukan tol. sedangkan orang luar(pakcik kereta kanan) pun tau jalan kuar ikut mana tapi orang kampung sendiri tak tau (brother kete kiri) nampak sangat tak biasa datang masjid...hehe..ntah pe2 la diorg ni..mncemarkan pagi raya je..kami yg kt tengah ni menggeleng-geleng kepala jela..


Saturday, August 14, 2010

The Last Airbender




Sehari lepas majlis konvokesyen dak2 Fakulti Kejuruteraan UKM, aku dengan Elly p Mid Valley semata-mata untuk menonton filem The Last Airbender yang memang ktorang nanti-nantikan dah berbulan-bulan dah. Sanggup kami datang dan beratur disebabkan aku tak sempat nak buat reservation 2hari sebelum tu dah penuh. Jadi terpaksalah beratur demi dapatkan tiket movie ni. Dan yang paling menggembirakan ktorang dapat tiket 3D.. Sementara tunggu dapat msuk pgug ktorg makan n lepak kt Mc D dpn GSC tu..hehehe..


Seronok tol dapat gak tgok buah tangan M. Night Shyamalan ni. The Last Airbender ni adalah filem fantasi adaptasi daripada musim pertama siri animasi Avatar: The Last Airbender yang ditayangkan di televisyen. Filem ini dibintangi oleh Noah Ringer sebagai Aang dari puak Airbender iaitu wira utama filem ini yang lebih gemar mengembara berbanding memikirkan peranannya sebagai Avatar. Rakan-rakannya, Katara dan Sokka daripada puak waterbender selatan. Manakala Prince Zuko merupakan daripada puak firebender yang kejam dan ingin menakluki seluruh bumi. Aku suka sangat tengok Noah Ringer ni comel sangat2..cute gler..geramnya tgok..tgokla muka dia kt bawah ni comel kan..


Noah Ringer



Filem ini bermula dengan Waterbender berumur 14 tahun iaitu Katara, dan abangnya seorang pahlawan yang berumur 15 tahun, Sokka yang berasal dari Southern Water Tribe yang menemui satu bebola ais yang sangat besar. Katara yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi telah membuat sesuatu pada iceberg yang timbul secara tiba-tiba itu dengan menggunakan senjata abangnya, walaupun Sokka melarangnya tapi keinginan Katara emngatasi segalanya dan tiba-tiba ais itu retak dan pecah lalu muncul seorang budak muda berumur 12 tahun yang bernama Aang bersama seekor Bison yang dinamakan Appa yang telah lama terperangkap dalam bebola itu.



Aang @ Noah Ringer yang cute



Bebola ais yang telah pecah itu telah menarik perhatian Zuko, Prince of the Fire Nation yang telah dibuang negeri oleh bapanya iaitu Fire Lord Ozai yang merupakan pemerintah Fire Nation. Zuko dengan pantas memberi arahan pada orang bawahannya untuk pergi ke Southern Water Tribe dengan secepat mungkin dan menahan mana-mana sahaja orang tua yang ada di kawasan itu kerana disangkanya kesan Avatar itu adalah seorang tua sehinggalah Aang dijumpai. Aang menyerah dirinya kepada Zuko dengan syarat Zuko melepaskan semua orang tua yang ditangkapnya tadi dan meninggalkan kampung itu. Zuko bersetuju dan membawa Aang ke kapalnya. Di dalam kapal Zuko, Aang diuji oleh Pakcik Zuko iaitu Iroh dan daripada ujian itu terbukti Aang adalah Avatar. Kemudian Aang menentang kedua-duanya setelah mengetahui dirinya tertipu. Dan dia diselamatkan oleh Katara dan Sokka yang datang dengan Appa.


Keempat-empat puak



Kemudian mereka melawat Southern Air Temple yang mana tempat itu adalah tempat Avatar belajar lebih kurang 1 abad yang lalu. Namun tempat ini telah dimusnahkan oleh Fire Nation dan kebetulan Aang waktu itu tiada di situ dan telah melarikan diri setelah mengetahui yang dia merupakan Avatar. Di situ Aang terjumpa dengan haiwan peliharaan di kuil itu dahulu yang bernama Momo. Setelah itu baru terbongkar rahsia, rupa-rupanya Aang telah terperangkap di dalam bebola ais tu sudah selama seratus tahun. Daripada Katara dan Sokka dia mengetahui yang puak Airbender sudah ditawan oleh pihak musuh iaitu Fire Nation. Sejak itu Aang berazam untuk membela nasib kesemua puak daripada ditakhluki oleh Fire Nation.


Namun untuk melakukan itu, Aang perlu melengkapkan proses perlantikan menjadi Avatar serta menguasai keempat-empat unsur iaitu Udara, Air, Tanah dan Api. Apakah yang terjadi seterusnya? Bagaimanakah Aang dapat mendalami unsur2 ini? Dapatkah Aang menewaskan Fire Nation? Bagaimana pula dengan Zuko? Adakah dia dapat kembali ke negerinya? Untuk mengetahui semua ini hendaklah menonton filem ini yang sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh tanah air sekarang.




Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Salam kekawan...



Dah lama rasenya tak post ape2 kan..hehehe..busy sikit kebelakangan ni..taK tau busy ape..haha.. Bulan Ramadhan Al-Mubarak dah menjelma. Puasa tahun ni tak terasa masa yang berlalu. Yang paling penting puasa aku tahun ni sentiasa ada teman di sisi untuk berbuka tak macam tahun lepas sunyi sepi je. Dan setakat ni aku tak failed ag untuk masak makanan berbuka dan bersahur. Bosanla makan makanan beli ni baik masak. Anyway untuk pembaca semua aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga bulan ni bertambah pahala dan kebaikan untuk dinikmati bersama.



Sebelum aku terlupa aku nak ucapkan TAHNIAH pada kawan-kawan ku yang bergraduasi pada hari Sabtu yang lepas 7hb Ogos 2010. Selamat suda kamoo seme..hehe.. Aku pun tumpang gembira dengan korang seme. Tunggu giliran I lak next year ok. Seronok bergambar ngan korang seme.. Hope gambar konvo aku thun dpn pn cntik cam korang nye gambar gak..hehehe...

Friday, August 6, 2010

Jujur atau Bohong

Salam to all.. sorry ye malam ni xsempatla nak siapkan 'Dia sahabatku 3' nanti ada masa aku sambung lagi.malam ni aku kena tidur awal. sok ade kelas pagi n petangnya plak ada meeting ng group aku.

well berbalik pada topik di atas. aku heran la dgn org yg mengatakan kata-kata pembohongan itu adalah kerana untuk menyelamatkan keadaan dan tidak mahu melukakan perasaan orang. Bagi aku itu bukan untuk menyelamatkan keadaan tapi menyelamatkan dirinya sendiri sahaja. Bah kan lebih teruk jika kata-kata pembohongannya itu ketahuan. Lagi berat masalah yang akan menimpa diri nanti. Yang rugi diri sendiri jugak. Tiada salahnya untuk berkata benar. Biarlah si dia melenting buat seketika daripada membawa rajuk berpanjangan..lebih parah jika disebabkan pembohongan itu, sesuatu hubungan tidak kira persahabatan, percintaan, perkahwinan atau kekeluargaan HANCUR.

Dalam sekelip mata kepercayaan pada kita pasti hilang seratus peratus. Kawan-kawan setuju atau tidak kalau aku katakan kata bohong itu lebih memudaratkan dan penuh beracun berbanding penawar. Maka berterus teranglah kamu dengan kata-kata yang benar lagi benar seadanya.

Sesungguhnya kata-kata benar itu adalah penawar bagi kedukaan dan segala macam masalah. Aku cukup anti dengan orang yang suka bohong padaku event orang tu adalah yang paling dekat denganku. Aku tak dapat terimanya apabila mengetahui akan kebenaran yang sebenar. Sakit hati ni kan.

Oklah kengkawan got to go now..mata ngantuk..mau layan tdo..mau mimpi indah-indah..mimpi dikelilingi duit best jugak ni..hahahaa...berangan jelah ko ida..hahaha...
gudnite allz..tata


Thursday, August 5, 2010

Dia Sahabatku 2


Gulp…ku telan liurku. Apakah ini?Oh no Ryan jangan memaksa aku untuk berperasaan macam ni. Tak sanggup rasanya ku menahan debaran ini. Ku pejam mataku rapat untuk menahan debaran di dadaku ini dan daripada memandang Ryan yang leka mengubati dan membaluti jariku. Serasa mukaku panas dan merah. Degup jantungku kencang seakan-akan baru lepas pecut 100 meter di padang rasanya. Tapi kenapa kurasa hati ini juga tenang dan damai. Terasa sungguh selesa dan sungguh bahagia kurasakan. Adakah ini kerana aku sudah menginjak ke alam remaja sebagaimana gadis-gadis lain pernah rasakan atau sekadar mainan perasaan ku sahaja.

“Ok Phia..dah siap dah. Maaf disebabkan aku cuai kau pulak yang terkena.” Ujar Ryan.

Aku masih lagi dengan termenung dan tidak sedar akan apa yang Ryan telah ucapkan.

“Phia…Phia kau tak apa-apa ke?” Sambil mengawang-gawangkan tangannya di depanku.

“Hah! Kenapa Ryan? Apa kau cakap tadi?”

“Ish dia ni. Tula asyik sangat termenung sampaikan aku cakap apa pun tak dengar. Apa yang kau menungkan Phia?”

“Aaa…tak ada apa-apa la Ryan. Aku cuma terfikir macam mana pisau tu boleh ada kat dalam meja aku. Seingat aku, aku tak pernah letakkan pisau di situ.” Aku terpaksa membohongi Ryan. Nanti kalau aku beritahu betul-betul apa yang ada dalam fikiran aku mahu pengsan Ryan nanti, paling tidak pun pasti ketawa dia terburai. Tak nak lah aku memalukan diri sendiri je.

“La..kau ni, kan aku dah cakap tadi aku yang letakkan pisau tu kat situ aku terlupa nak alihkan. Tak pasal-pasal kau terkena. Maafkan aku ye Phia. Sakit lagi tak jari kau tu?”

“Oo..yeke Ryan. Ala tak ada apa-apa la sikit je ni tak sakit mana pun. Lagipun kau dah tolong taruk ubat dan balut. Nanti esok lusa baik la ni. Anyway thanks tau.”

Sejak daripada peristiwa itu, aku tak tahu kenapa setiap kali ku pandang wajah Ryan, setiap kali berbual memberikan aku satu perasaan yang tidak pernah terlintas di fikiran aku selama ini. Bila sehari tidak mendengar suara dan melihatkan dirinya membuatkan aku tidak keruan. Adakah ini yang dinamakan cinta? Ahh tak mungkinlah. Umurku baru menginjak 12 tahun takkan lah aku sudah jatuh cinta di usia begini. Tapi Maria teman sekelas ku itu boleh je bercinta dengan kawan sekelasku Iskandar. Diorang pun sama umur denganku. Jadi tak mustahil lah untuk aku pun jatuh cinta. Biarlah apa nak jadi pun jadilah aku malas nak memikirkannya lagi. Lagipun aku masih muda lagi. Perjalanan hidup masih jauh. Bab kata kakak-kakak ku la. Selalu ku dengar mereka bercerita. Kadang-kadang sampaikan aku pun lebih tahu daripada mereka. Tambahan pula aku sejak darjah 2 suka membaca novel-novel yang berat kandungannya. Novel cinta sudah banyak yang kubaca. Siapa lagi pembekalnya kalau bukan kakak-kakak ku ini.

Umur aku dan kakak-kakak ku jauh berbeza sebab itu apabila di rumah aku menjadi paling manja dan semua kehendakku pasti mahu dipenuhi. Namun disebalik kemanjaan ku terselit sifat nakal dan sedikit boyish almaklumlah ibu dan abah mengharapkan dapat anak lelaki tetapi akhirnya yang keluar perempuan jugak. Nasib baik adik ku lelaki. Namanya Muhammad Aidid Irwan bin Muhammad Amran. Tetapi dari saat adik aku lahir memang aku cukup anti dengan adikku itu. Sebenarnya aku cemburu. Yelah takut kasih sayang ibu dan abah beralih arah. Selalu aje adikku itu jadi mangsa buli ku.

Sikap nakal ku bermula sejak adik ku lahir. Apa yang aku tidak pernah buat? Semuanya aku buat cuma satu benda je aku tak pernah buat iaitu mandi sungai. Aku pun tak tahu kenapa aku tak pernah nak pergi ke sungai walau pernah diajak kawan-kawan berulang kali. Benda lain aku buat, aku pernah berlumba basikal dengan kawanku sampai ku terbabas dan terhantuk kat batu. Sampai sekarang parutnya masih ada di dahiku ini. Tak baik lagi luka di dahi, aku memanjat tingkap di rumah dan tergelincir lalu cermin pecah melukai tangan ku. Namun aku langsung tidak serik. Jatuh dalam longkang, atas jalan batu semuanya aku rasa. Bibirku masih ada parut kekal hingga sekarang disebabkan aku terjatuh dan terkena bucu kerusi kat rumah. Motorsikal abah ku berapa kali jatuh menimpa atasku mujur tidak patah je tulang belulang ku. Semuanya adalah kerana ingin menarik perhatian ibu dan abah. Dalam adik beradikku aku yang paling nakal tapi bab pelajaran aku memang tak suka kalah pada sesiapapun waima orang itu kesayanganku macam Ryan. Aku mesti mahu tempat pertama.

~~~~~~~~~

“Phia..esok lepas kelas tambahan kita pergi berkelah ramai-ramai nak tak? Dengan budak-budak kelas kita.” Any rakanku mengajak ku.

“Emm kat mana tu? Siapa lagi yang ikut? Macam menarik je.” Aku menunjukkan minatku. Yela siapa tak nak berkelah ramai-ramai dengan kawan sekelas lak tu. Lagi untung kalau Ryan pun ada sama. Tapi mustahil la sebab Ryan tinggal di asrama mana boleh keluar sesuka hati. Sekolah aku ni sediakan asrama untuk pelajar tahun 4 hingga 6 yang rumah diorang jauh dari sekolah bolehlah tinggal di asrama. Ryan salah seorang penghuninya. Malah dia merupakan Kapten di situ.

“Kat Sungai Batu berhampiran kawasan rumah Irna. Setakat ni yang aku tau yang nak pergi Irna, Dayah, Akma, Maria, Zamri, Eppy, Khairul, Iskandar, Naim, Zachary, aku dan kau. Tu jela yang aku tau. Jomlah Phia. Mesti best berkelah kat situ.”

“Erm…aku tak tahu nak pergi ke tak. Kau pun tahu kan aku mana pernah pergi ke sungai. Lagipun ibu aku pun tak bagi aku main kat sungai.”

“Ala Phia..kau ni tak kesian ke kat aku. Jomla teman aku. Aku nak sangat pergi ni. Ala cakaplah dengan ibu kau yang kau pergi ramai-ramai dengan kawan sekelas. Mesti ibu kau kasi nanti. Atau kau nak aku dengan kawan-kawan kita pergi rumah kau dulu cakap dengan ibu kau itu pun boleh. Jomla Phia ye..” Bersungguh-sungguh Any memujuk aku.

“Ermm macam ni la Any bagi aku masa untuk fikir dulu. Aku cuba pujuk ibuku dulu balik nanti. Apa-apa hal aku bagitahu esok ye.” Janjiku pada Any.

“Ni wat aku tambah sayang kat kau Phia. Kalau macam tu okla Phia. Nanti jangan lupa bagitahu aku ye. Kalau perlukan bantuan aku untuk meyakinkan ibu kau panggil je aku kat rumah nanti.” Gembira Any mendengarkan ku berkata demikian.

“Hehe..ada-ada aje kau ni Any. Okla Any aku nak pergi library kejap ada hal sikit. Jumpa nanti.”

“Hahaha..Phia macam aku tak tahu hal apa kat library tu. Oklah pergilah jumpa buah hati kau tu. Apalah kau ni Phia duduk sebelah menyebelah dah dalam kelas, hari-hari jumpa. Waktu rehat pun nak kena dengan dia jugak ke. Haish mengalahkan orang bercinta.” Seraya tangan Any menunjuk ke arah Maria dan Iskandar.

“Any!! Kau ni ada-ada aja nak usik aku kan. Mengada-ngada betul lah. Dia ada hal lah suh aku jumpa dia kat sana. Kau ni kan. Nak kena ni.” Sengaja kubuat-buat jegilkan mataku.

Any tergelak besar melihatkan tingkahku itu.

“Apa-apa ajelah Phia.. Pergilah cepat kan berasap pulak pakcik tu menunggu kau..hehehe” Usik Any lagi.

“Baik tuan puteri ku sayang.” Ujarku malas melayan usikannya itu. Aku terus ke library.

**adakah Sophia akan menyertai perkelahan itu?apakah hal yang ingin disampaikan Ryan itu?ikuti sambungan seterusnya di entry akan datang. Hehe maaf andai ada yang membosankan.

Wednesday, August 4, 2010

Dia Sahabatku 1

"Huh..." aku mengeluh lagi. Itu je perkara yang sering aku buat kebelakangan ini. Mengeluh dan mengeluh. Teringatkan kenangan silam bersama sahabatku, Aryan sejak kecil. Kini sahabatku itu sudah menghilang dan tidak akan kembali lagi padaku. Salah aku kah dalam hal ini? Adakah kerana sikap aku yang suka mendesak atau perangai manja serta mengada-ngadaku yang membuatkan Aryan atau Ryan panggilan manja di antara kami menjauhkan diri daripadaku. Entahlah mungkin sikapku yang membuatkan keadaan kami sudah tidak seperti dulu.

Demi mengingatkan kenangan lampau membuatkan aku ingin menangis. Ku terasa kehilangannya. Ryan dan aku memang tidak dapat dipisahkan sedari kecil lagi. Tapi kini diriku menanggung seksa disebabkan bebanan perpisahan ini. 'Oh Ryan kembalilah kepadaku..aku merinduimu Ryan' itu yang sering hatiku perkatakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Sewaktu majlis sukaneka dan konvokesyen tadika ku dan beberapa tadika lain.

"Ibu, dengan siapa Abah bercakap tu?"

"Oo yang tu.. Itu kawan Abah Sophia, Uncle Arshad namanya."

"Uncle Arshad? Oo yang ni la yang selalu Abah ceritakan tu ye ibu. Habis tu budak

sebelah Uncle tu sape ibu? Anak dia ke?" Semakin banyak ku bertanyakan pada ibu.

"A'ar pandai anak ibu. Itu Aryan atau panggilan manja dia Ryan. Dia anak ketiga

daripada empat adik beradik." Jelas ibu padaku.

"Oo..Ryan."

Aku memerhatikan dia dari jauh. Nampak sungguh akrab dia dengan budak India itu. Majlis konvokesyen dan sukaneka sudah hampir ke penghujungnya. Aku dan ibu serta kakak dan adik ku mengemas barang-barang dan bersedia untuk pulang.

Sejak pulang dari majlis konvo tadika ku itu, aku asyik teringat dan terbayang-bayangkan wajah dan senyuman Ryan dengan kawan India nya itu. Aku pun tak tahu kenapa.


~~~~~~~~


Bermula sesi pendaftaran kemasukan ke sekolah rendah. Ibu dan Abah menghantarku ke sekolah. Aku cukup girang bila dapat melangkah kaki ke alam persekolahan. Setelah selesai mendaftar, Ibu dan Abah pulang kerana Abah kena pergi kerja pula. Aku langsung tidak kisah akan keadaan itu kerana aku sangat gembira dan dapat berkenalan dengan ramai kawan. Ada juga yang satu tadika denganku sekelas denganku juga. Ada juga dari kampung lain.

Tiba-tiba gedebuk bunyi aku jatuh.

"Aduh..Hei, tak ada mat..." Mulutku terkunci, terlopong apabila terpandangkan orang itu. Terus terdiam aku.

"Awak..maafkan saya..awak tak apa-apa ke? Saya tak sengaja tadi. Kawan saya tertolak saya tadi. Maafkan saya ye awak. Mari saya tolong awak." Seraya menghulurkan tangan kearahku untuk menolong.

Aku tak tahu nak jawab apa. Akhirnya ku sambut tangan yang dihulurkan dan bangun seraya menyapu bajuku takut ada kotoran yang melekat. Dia tersenyum girang melihatkan ku.

"Hai, saya Muhammad Aryan Aiman bin Muhammad Arshad. Kawan-kawan panggil saya Aiman. Awak?" Sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.

"Oo.. Amira Sophia. " Ringkasku menjawab seraya menyambut salam yang dihulurkan.

"Ok Phia. Saya pergi dulu, kawan saya Rajan dah panggil tu. Jumpa lagi nanti. Bye."

"Ok Ryan. Jumpa lagi.." perlahan ku menjawab namun dia sudah berlalu pergi.

Itula sedikit sebanyak kenangan sewaktu mula-mula aku mengenali Ryan. Semua itu berlaku 18 tahun yang lalu. Namun semuanya seakan baru semalam bagiku. Ryan dan aku berkenalan sewaktu kami darjah satu. Tika itu kami berlainan kelas. Aku berada di kelas pertama iaitu kelas 1Arif manakala Ryan dan Rajan budak India yang pernah aku lihat sewaktu majlis sukaneka dan konvo antara tadika-tadika dulu berada dalam kelas kedua iaitu 1Bistari.

Rindunya aku akan kenangan sekolah rendah. Persahabatan aku dan Ryan bermula dari sini. Darjah 3 Ryan dan Rajan naik kelas sama dengan aku 3 Arif. Sejak itu kami sentiasa bersama-sama walau kemana jua termasuk temanku Anysa. Di dalam kelas kami sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat pertama. Kami saling bergilir mendapat kedudukan itu. Tetapi kebiasaannya aku dan Ryan la yang akan mendapat tempat pertama. Namun semua itu tidak lama kerana ada seorang pelajar perempuan yang baru mendaftar masuk ke sekolah kami dan Guru Besar meletakkan dia di dalam kelas kami.

Hari demi hari aku perasan yang tumpuan Ryan, Rajan dan semua rakan sekelas adalah pada pelajar baru itu. Namanya Maya. Dia sangat cantik dengan rambutnya yang panjang mengurai, kulit putih mulus bab artis korea. Pendek kata semuanya lengkap lah. Malahan dia juga bijak. Makin hari hubungan aku dengan Ryan, Rajan dan Any dh xsemesra dulu. Semuanya sibuk melayani Maya.

Aku yang menyedari akan hal itu membawa diri. Aku terus berubah menjadi pendiam sejak haritu. Tiada lagi senyum tawa gembira aku. Selalu aku membawa diri duduk di bawah pokok sebelah bangunan paling hujung dan tersorot. Tempat baru aku untuk aku menenangkan diri dan meluahkan rasa sedih. Di bawah pohon inilah abang pada Ryan iaitu Arman selalu menghiburkan aku. Dia dan rakan baiknya Ashraf selalu menemani ku di sini. Mereka sudah ku anggap sebagai abang sendiri sementelah aku tiada abang jadi dapatla jugak aku merasa perasaan mempunyai abang.

Satu hari, Ryan datang padaku. Dia bertanyakan ku kenapa aku sekarang sudah tidak seperti dulu.

"Phia, kenapa dengan kau ni? Asyik bersendiri je kebelakangan ni. Kau ada masalah ke? Ceritalah pada aku, mana tau kot aku boleh tolong. Janganlah senyap macamni."

"Aku tak de apa-apa masalah Ryan. Aku okey je. Pergilah, tu kawan-kawan baik kau dah panggil tu. Nanti apa kata diorang pulak." Sinis ku menjawab.

"Ehmm kau betul tak mau cakap ni? Oklah aku pergi dulu nanti kalau kau nak ceritakan bagitahu la padaku. Bye Phia."

Ryan berlalu meninggalkanku. Terasa tubir mataku seakan mahu pecah. Cepat-cepat aku keluar ke tandas. Lepas tu seperti biasa aku lepak di pohon kegemaranku. Waktu rehat sudah habis aku kembali ke kelas. Tetapi cikgu ku ada mesyuarat jadi tiada kelas cuma guru ku mnyuruh kami membuat latihan.Aku pun berlalu ke meja ku dengan muka tiada perasaan.

Tiba-tiba, gedebuk bunyi macam nangka busuk jatuh. Aduh sakitnya punggung ku. Terasa kebas. Secara tiba-tiba datang angin monsun ku terus ku tampar muka orang yang berdiri di hadapan ku.

"Phia!!!" Jeritan itu membuatkan ku tersedar bahawa orang yang ku tampar itu adalah Ryan. Sungguh tidak terniat langsung untuk aku menampar dia. Aku pun tak tau macam mana aku boleh menampar dia. Tindakbalas tanganku lebih pantas dari otak ku.

"Phia, aku minta maaf. Aku tak sedar kau mahu duduk tadi. Aku ingatkan kau tiada tadi. Tu yang aku tarik kerusi ni. Tapi tak sangka pulak aku kau sanggup tampar aku." Jujur Ryan meluahkan menambahkan lagi rasa bersalah ku pada dia. Ku pandang mukanya dan kulihat matanya berair menahan kesakitan. Secara automatik tanganku mengusap pipinya yang merah bekas ditampar tadi sambil memohon maaf pada Ryan.

"Ryan aku minta maaf. Aku..aku tak sengaja Ryan. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tidak tahu kenapa aku sanggup buat macam ni semata-mata kerana terjatuh je. Maafkan aku Ryan."

"Tak apa la Phia mungkin nasibku untuk makan penampar sulung kau. Hehehe..kuat jugak kau ye sampaikan berair mataku ni.." Seloroh Ryan untuk melegakan rasa bersalahku.

"Ryan betul ke kau tak marah kan aku ni. Aku betul-betul tak sengaja tadi Ryan. Fikiranku ke lain sebenarnya tadi." Mata ku sudah berair.

"Syhh..dah la tu Phia jangan menangis. Malu pada kawan-kawan. Dah la tu. Aku tahu apa yang mengganggu fikiran kau tu. Abang Arm dah ceritakan segala-galanya padaku semalam. Aku minta maaf sebab mengabaikan kau kebelakangan ini. Aku tak kisah kena makan penamparmu harini, mungkin ni hukuman kerana telah melukakan persahabatan kita ini." Ujar Ryan sambil tersenyum menampakkan kedua belah lesung pipi nya.

"Thanks Ryan, aku pun minta maaf jugak sebab aku tidak jujur berterus terang dengan kau bila kau tanya." Aku tersenyum gembira. Dan bermula la kehidupan menggembirakan aku sejak haritu. Sinar kegembiraan kembali ke dalam diriku. Aku pun sudah boleh menyesuaikan diri menerima kehadiran Maya ke dalam kumpulan kami.


~~~~~~~~~


Pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Aku dan teman-temanku bakal menghadapi peperiksaan penting yang bakal mencorak masa depan kami iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Suatu hari sedang sibuk menelaah Ryan datang bertanyakan aku.

“Phia..nanti form 1 kau nak pergi sekolah mane?”

“Kau lak nak pergi sekolah mana Ryan?”Soalan dia ku jawab dengan pertanyaan jugak.

“La.. dia ni orang tanya dia boleh pulak dia tanya kita balik. Haha.. Aku kalau rezeki aku dapat 5A UPSR nanti aku nak mohon masuk Maktab Rendah Sains Mara. Kalau tak dapat MRSM, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud. Tak pun sekolah Syeikh, Tok Jiring, SMAASZA, kalau tak dapat semua tu sekolah agama kat tempat kita sudah. Asalkan sekolah tu sekolah berasrama. Kau pulak Phia?”

“Hei kita punya impian samala. Aku pun nak pergi sekolah yang macam kau sebutkan tu. Hahaha mesti best kan lau kita satu sekolah lagi.” Aku tersenyum gembira.


~~~~~~~


Haritu gempar satu kelas 6 Arif apabila guru kelas kami, Cikgu Razif ingin merombak semula susunan kedudukan kami. Dia mengatakan bahawa dia mahu susun kami duduk berlainan jantina atau dengan erti kata lain sepasang sebab ada yang merungut dan mengadu pada dia yang kami nakal serta suka membuat bising. Cikgu Razif menyuruh kami memilih pasangan sendiri. Aku pula tak tahu mahu memilih siapa. Aku tak nak pilih Ryan sebab Ryan mesti nak duduk dengan Maya bukannya aku. Lagipun gossip tentang kami berdua tidak reda lagi. Aku pun tak tahu macam mana kawan-kawan sekelas boleh menggossipkan hal aku dan Ryan. Jadi aku pun menyebut secara rawak je lelaki dalam kelas tu bila Cikgu Razif bertanyakan ku. Setelah itu aku termenung.

Tiba-tiba kudengar suara riuh menyebut namaku. Aku rasa macam satu kelas pandang aku. Aku lihat Ryan tersenyum memandangku. Barulah ku tahu rupa-rupanya Ryan memilih aku. Waktu tu aku tak tahu kenapa hatiku sangat gembira mendengarkannya dan terasa seakan mahu pecah dadaku saat Ryan duduk bersebelahanku. Waktu itu kurasakan semua serba tak kena. Apakah perasaan ini? Aku pun tak tahu dan malas ambil tahu.


~~~~~~~


Gulp…ku telan liurku. Apakah ini?Oh no Ryan jangan memaksa aku untuk berperasaan macam ni. Tak sanggup rasanya ku menahan debaran ini.

*Apakah Ryan lakukan sehinggakan Phia merasakan sedemikian? Ikuti kisah ini untuk sambungan seterusnya. Maaf saya baru belajar menulis. Andai ada yang kurang dan mungkin jalan cerita membosankan saya mohon maaf kerana saya hanyalah insan biasa yang tak mampu menjanjikan apa-apa kesempurnaan.