nuffnang

Thursday, August 5, 2010

Dia Sahabatku 2


Gulp…ku telan liurku. Apakah ini?Oh no Ryan jangan memaksa aku untuk berperasaan macam ni. Tak sanggup rasanya ku menahan debaran ini. Ku pejam mataku rapat untuk menahan debaran di dadaku ini dan daripada memandang Ryan yang leka mengubati dan membaluti jariku. Serasa mukaku panas dan merah. Degup jantungku kencang seakan-akan baru lepas pecut 100 meter di padang rasanya. Tapi kenapa kurasa hati ini juga tenang dan damai. Terasa sungguh selesa dan sungguh bahagia kurasakan. Adakah ini kerana aku sudah menginjak ke alam remaja sebagaimana gadis-gadis lain pernah rasakan atau sekadar mainan perasaan ku sahaja.

“Ok Phia..dah siap dah. Maaf disebabkan aku cuai kau pulak yang terkena.” Ujar Ryan.

Aku masih lagi dengan termenung dan tidak sedar akan apa yang Ryan telah ucapkan.

“Phia…Phia kau tak apa-apa ke?” Sambil mengawang-gawangkan tangannya di depanku.

“Hah! Kenapa Ryan? Apa kau cakap tadi?”

“Ish dia ni. Tula asyik sangat termenung sampaikan aku cakap apa pun tak dengar. Apa yang kau menungkan Phia?”

“Aaa…tak ada apa-apa la Ryan. Aku cuma terfikir macam mana pisau tu boleh ada kat dalam meja aku. Seingat aku, aku tak pernah letakkan pisau di situ.” Aku terpaksa membohongi Ryan. Nanti kalau aku beritahu betul-betul apa yang ada dalam fikiran aku mahu pengsan Ryan nanti, paling tidak pun pasti ketawa dia terburai. Tak nak lah aku memalukan diri sendiri je.

“La..kau ni, kan aku dah cakap tadi aku yang letakkan pisau tu kat situ aku terlupa nak alihkan. Tak pasal-pasal kau terkena. Maafkan aku ye Phia. Sakit lagi tak jari kau tu?”

“Oo..yeke Ryan. Ala tak ada apa-apa la sikit je ni tak sakit mana pun. Lagipun kau dah tolong taruk ubat dan balut. Nanti esok lusa baik la ni. Anyway thanks tau.”

Sejak daripada peristiwa itu, aku tak tahu kenapa setiap kali ku pandang wajah Ryan, setiap kali berbual memberikan aku satu perasaan yang tidak pernah terlintas di fikiran aku selama ini. Bila sehari tidak mendengar suara dan melihatkan dirinya membuatkan aku tidak keruan. Adakah ini yang dinamakan cinta? Ahh tak mungkinlah. Umurku baru menginjak 12 tahun takkan lah aku sudah jatuh cinta di usia begini. Tapi Maria teman sekelas ku itu boleh je bercinta dengan kawan sekelasku Iskandar. Diorang pun sama umur denganku. Jadi tak mustahil lah untuk aku pun jatuh cinta. Biarlah apa nak jadi pun jadilah aku malas nak memikirkannya lagi. Lagipun aku masih muda lagi. Perjalanan hidup masih jauh. Bab kata kakak-kakak ku la. Selalu ku dengar mereka bercerita. Kadang-kadang sampaikan aku pun lebih tahu daripada mereka. Tambahan pula aku sejak darjah 2 suka membaca novel-novel yang berat kandungannya. Novel cinta sudah banyak yang kubaca. Siapa lagi pembekalnya kalau bukan kakak-kakak ku ini.

Umur aku dan kakak-kakak ku jauh berbeza sebab itu apabila di rumah aku menjadi paling manja dan semua kehendakku pasti mahu dipenuhi. Namun disebalik kemanjaan ku terselit sifat nakal dan sedikit boyish almaklumlah ibu dan abah mengharapkan dapat anak lelaki tetapi akhirnya yang keluar perempuan jugak. Nasib baik adik ku lelaki. Namanya Muhammad Aidid Irwan bin Muhammad Amran. Tetapi dari saat adik aku lahir memang aku cukup anti dengan adikku itu. Sebenarnya aku cemburu. Yelah takut kasih sayang ibu dan abah beralih arah. Selalu aje adikku itu jadi mangsa buli ku.

Sikap nakal ku bermula sejak adik ku lahir. Apa yang aku tidak pernah buat? Semuanya aku buat cuma satu benda je aku tak pernah buat iaitu mandi sungai. Aku pun tak tahu kenapa aku tak pernah nak pergi ke sungai walau pernah diajak kawan-kawan berulang kali. Benda lain aku buat, aku pernah berlumba basikal dengan kawanku sampai ku terbabas dan terhantuk kat batu. Sampai sekarang parutnya masih ada di dahiku ini. Tak baik lagi luka di dahi, aku memanjat tingkap di rumah dan tergelincir lalu cermin pecah melukai tangan ku. Namun aku langsung tidak serik. Jatuh dalam longkang, atas jalan batu semuanya aku rasa. Bibirku masih ada parut kekal hingga sekarang disebabkan aku terjatuh dan terkena bucu kerusi kat rumah. Motorsikal abah ku berapa kali jatuh menimpa atasku mujur tidak patah je tulang belulang ku. Semuanya adalah kerana ingin menarik perhatian ibu dan abah. Dalam adik beradikku aku yang paling nakal tapi bab pelajaran aku memang tak suka kalah pada sesiapapun waima orang itu kesayanganku macam Ryan. Aku mesti mahu tempat pertama.

~~~~~~~~~

“Phia..esok lepas kelas tambahan kita pergi berkelah ramai-ramai nak tak? Dengan budak-budak kelas kita.” Any rakanku mengajak ku.

“Emm kat mana tu? Siapa lagi yang ikut? Macam menarik je.” Aku menunjukkan minatku. Yela siapa tak nak berkelah ramai-ramai dengan kawan sekelas lak tu. Lagi untung kalau Ryan pun ada sama. Tapi mustahil la sebab Ryan tinggal di asrama mana boleh keluar sesuka hati. Sekolah aku ni sediakan asrama untuk pelajar tahun 4 hingga 6 yang rumah diorang jauh dari sekolah bolehlah tinggal di asrama. Ryan salah seorang penghuninya. Malah dia merupakan Kapten di situ.

“Kat Sungai Batu berhampiran kawasan rumah Irna. Setakat ni yang aku tau yang nak pergi Irna, Dayah, Akma, Maria, Zamri, Eppy, Khairul, Iskandar, Naim, Zachary, aku dan kau. Tu jela yang aku tau. Jomlah Phia. Mesti best berkelah kat situ.”

“Erm…aku tak tahu nak pergi ke tak. Kau pun tahu kan aku mana pernah pergi ke sungai. Lagipun ibu aku pun tak bagi aku main kat sungai.”

“Ala Phia..kau ni tak kesian ke kat aku. Jomla teman aku. Aku nak sangat pergi ni. Ala cakaplah dengan ibu kau yang kau pergi ramai-ramai dengan kawan sekelas. Mesti ibu kau kasi nanti. Atau kau nak aku dengan kawan-kawan kita pergi rumah kau dulu cakap dengan ibu kau itu pun boleh. Jomla Phia ye..” Bersungguh-sungguh Any memujuk aku.

“Ermm macam ni la Any bagi aku masa untuk fikir dulu. Aku cuba pujuk ibuku dulu balik nanti. Apa-apa hal aku bagitahu esok ye.” Janjiku pada Any.

“Ni wat aku tambah sayang kat kau Phia. Kalau macam tu okla Phia. Nanti jangan lupa bagitahu aku ye. Kalau perlukan bantuan aku untuk meyakinkan ibu kau panggil je aku kat rumah nanti.” Gembira Any mendengarkan ku berkata demikian.

“Hehe..ada-ada aje kau ni Any. Okla Any aku nak pergi library kejap ada hal sikit. Jumpa nanti.”

“Hahaha..Phia macam aku tak tahu hal apa kat library tu. Oklah pergilah jumpa buah hati kau tu. Apalah kau ni Phia duduk sebelah menyebelah dah dalam kelas, hari-hari jumpa. Waktu rehat pun nak kena dengan dia jugak ke. Haish mengalahkan orang bercinta.” Seraya tangan Any menunjuk ke arah Maria dan Iskandar.

“Any!! Kau ni ada-ada aja nak usik aku kan. Mengada-ngada betul lah. Dia ada hal lah suh aku jumpa dia kat sana. Kau ni kan. Nak kena ni.” Sengaja kubuat-buat jegilkan mataku.

Any tergelak besar melihatkan tingkahku itu.

“Apa-apa ajelah Phia.. Pergilah cepat kan berasap pulak pakcik tu menunggu kau..hehehe” Usik Any lagi.

“Baik tuan puteri ku sayang.” Ujarku malas melayan usikannya itu. Aku terus ke library.

**adakah Sophia akan menyertai perkelahan itu?apakah hal yang ingin disampaikan Ryan itu?ikuti sambungan seterusnya di entry akan datang. Hehe maaf andai ada yang membosankan.

4 comments:

  1. ermmm..bce seimbas tp dpt detect 1 bnda..pe org pggil tu???tatabahasa..btw..syabas cz ctenye mnarik..wape hengget dah dpt??hehe..

    ReplyDelete
  2. hahahaha..zero ag la...nk naip ag tp 3hr no sgt bz la...huhuhu

    ReplyDelete
  3. K.ida, sambung cepat! kte suka cite ni :D

    ReplyDelete
  4. hehe aimie..tgu nt k.ida hbs exam ni k.ida smbug..hihii..

    ReplyDelete