nuffnang

Wednesday, August 4, 2010

Dia Sahabatku 1

"Huh..." aku mengeluh lagi. Itu je perkara yang sering aku buat kebelakangan ini. Mengeluh dan mengeluh. Teringatkan kenangan silam bersama sahabatku, Aryan sejak kecil. Kini sahabatku itu sudah menghilang dan tidak akan kembali lagi padaku. Salah aku kah dalam hal ini? Adakah kerana sikap aku yang suka mendesak atau perangai manja serta mengada-ngadaku yang membuatkan Aryan atau Ryan panggilan manja di antara kami menjauhkan diri daripadaku. Entahlah mungkin sikapku yang membuatkan keadaan kami sudah tidak seperti dulu.

Demi mengingatkan kenangan lampau membuatkan aku ingin menangis. Ku terasa kehilangannya. Ryan dan aku memang tidak dapat dipisahkan sedari kecil lagi. Tapi kini diriku menanggung seksa disebabkan bebanan perpisahan ini. 'Oh Ryan kembalilah kepadaku..aku merinduimu Ryan' itu yang sering hatiku perkatakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Sewaktu majlis sukaneka dan konvokesyen tadika ku dan beberapa tadika lain.

"Ibu, dengan siapa Abah bercakap tu?"

"Oo yang tu.. Itu kawan Abah Sophia, Uncle Arshad namanya."

"Uncle Arshad? Oo yang ni la yang selalu Abah ceritakan tu ye ibu. Habis tu budak

sebelah Uncle tu sape ibu? Anak dia ke?" Semakin banyak ku bertanyakan pada ibu.

"A'ar pandai anak ibu. Itu Aryan atau panggilan manja dia Ryan. Dia anak ketiga

daripada empat adik beradik." Jelas ibu padaku.

"Oo..Ryan."

Aku memerhatikan dia dari jauh. Nampak sungguh akrab dia dengan budak India itu. Majlis konvokesyen dan sukaneka sudah hampir ke penghujungnya. Aku dan ibu serta kakak dan adik ku mengemas barang-barang dan bersedia untuk pulang.

Sejak pulang dari majlis konvo tadika ku itu, aku asyik teringat dan terbayang-bayangkan wajah dan senyuman Ryan dengan kawan India nya itu. Aku pun tak tahu kenapa.


~~~~~~~~


Bermula sesi pendaftaran kemasukan ke sekolah rendah. Ibu dan Abah menghantarku ke sekolah. Aku cukup girang bila dapat melangkah kaki ke alam persekolahan. Setelah selesai mendaftar, Ibu dan Abah pulang kerana Abah kena pergi kerja pula. Aku langsung tidak kisah akan keadaan itu kerana aku sangat gembira dan dapat berkenalan dengan ramai kawan. Ada juga yang satu tadika denganku sekelas denganku juga. Ada juga dari kampung lain.

Tiba-tiba gedebuk bunyi aku jatuh.

"Aduh..Hei, tak ada mat..." Mulutku terkunci, terlopong apabila terpandangkan orang itu. Terus terdiam aku.

"Awak..maafkan saya..awak tak apa-apa ke? Saya tak sengaja tadi. Kawan saya tertolak saya tadi. Maafkan saya ye awak. Mari saya tolong awak." Seraya menghulurkan tangan kearahku untuk menolong.

Aku tak tahu nak jawab apa. Akhirnya ku sambut tangan yang dihulurkan dan bangun seraya menyapu bajuku takut ada kotoran yang melekat. Dia tersenyum girang melihatkan ku.

"Hai, saya Muhammad Aryan Aiman bin Muhammad Arshad. Kawan-kawan panggil saya Aiman. Awak?" Sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.

"Oo.. Amira Sophia. " Ringkasku menjawab seraya menyambut salam yang dihulurkan.

"Ok Phia. Saya pergi dulu, kawan saya Rajan dah panggil tu. Jumpa lagi nanti. Bye."

"Ok Ryan. Jumpa lagi.." perlahan ku menjawab namun dia sudah berlalu pergi.

Itula sedikit sebanyak kenangan sewaktu mula-mula aku mengenali Ryan. Semua itu berlaku 18 tahun yang lalu. Namun semuanya seakan baru semalam bagiku. Ryan dan aku berkenalan sewaktu kami darjah satu. Tika itu kami berlainan kelas. Aku berada di kelas pertama iaitu kelas 1Arif manakala Ryan dan Rajan budak India yang pernah aku lihat sewaktu majlis sukaneka dan konvo antara tadika-tadika dulu berada dalam kelas kedua iaitu 1Bistari.

Rindunya aku akan kenangan sekolah rendah. Persahabatan aku dan Ryan bermula dari sini. Darjah 3 Ryan dan Rajan naik kelas sama dengan aku 3 Arif. Sejak itu kami sentiasa bersama-sama walau kemana jua termasuk temanku Anysa. Di dalam kelas kami sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat pertama. Kami saling bergilir mendapat kedudukan itu. Tetapi kebiasaannya aku dan Ryan la yang akan mendapat tempat pertama. Namun semua itu tidak lama kerana ada seorang pelajar perempuan yang baru mendaftar masuk ke sekolah kami dan Guru Besar meletakkan dia di dalam kelas kami.

Hari demi hari aku perasan yang tumpuan Ryan, Rajan dan semua rakan sekelas adalah pada pelajar baru itu. Namanya Maya. Dia sangat cantik dengan rambutnya yang panjang mengurai, kulit putih mulus bab artis korea. Pendek kata semuanya lengkap lah. Malahan dia juga bijak. Makin hari hubungan aku dengan Ryan, Rajan dan Any dh xsemesra dulu. Semuanya sibuk melayani Maya.

Aku yang menyedari akan hal itu membawa diri. Aku terus berubah menjadi pendiam sejak haritu. Tiada lagi senyum tawa gembira aku. Selalu aku membawa diri duduk di bawah pokok sebelah bangunan paling hujung dan tersorot. Tempat baru aku untuk aku menenangkan diri dan meluahkan rasa sedih. Di bawah pohon inilah abang pada Ryan iaitu Arman selalu menghiburkan aku. Dia dan rakan baiknya Ashraf selalu menemani ku di sini. Mereka sudah ku anggap sebagai abang sendiri sementelah aku tiada abang jadi dapatla jugak aku merasa perasaan mempunyai abang.

Satu hari, Ryan datang padaku. Dia bertanyakan ku kenapa aku sekarang sudah tidak seperti dulu.

"Phia, kenapa dengan kau ni? Asyik bersendiri je kebelakangan ni. Kau ada masalah ke? Ceritalah pada aku, mana tau kot aku boleh tolong. Janganlah senyap macamni."

"Aku tak de apa-apa masalah Ryan. Aku okey je. Pergilah, tu kawan-kawan baik kau dah panggil tu. Nanti apa kata diorang pulak." Sinis ku menjawab.

"Ehmm kau betul tak mau cakap ni? Oklah aku pergi dulu nanti kalau kau nak ceritakan bagitahu la padaku. Bye Phia."

Ryan berlalu meninggalkanku. Terasa tubir mataku seakan mahu pecah. Cepat-cepat aku keluar ke tandas. Lepas tu seperti biasa aku lepak di pohon kegemaranku. Waktu rehat sudah habis aku kembali ke kelas. Tetapi cikgu ku ada mesyuarat jadi tiada kelas cuma guru ku mnyuruh kami membuat latihan.Aku pun berlalu ke meja ku dengan muka tiada perasaan.

Tiba-tiba, gedebuk bunyi macam nangka busuk jatuh. Aduh sakitnya punggung ku. Terasa kebas. Secara tiba-tiba datang angin monsun ku terus ku tampar muka orang yang berdiri di hadapan ku.

"Phia!!!" Jeritan itu membuatkan ku tersedar bahawa orang yang ku tampar itu adalah Ryan. Sungguh tidak terniat langsung untuk aku menampar dia. Aku pun tak tau macam mana aku boleh menampar dia. Tindakbalas tanganku lebih pantas dari otak ku.

"Phia, aku minta maaf. Aku tak sedar kau mahu duduk tadi. Aku ingatkan kau tiada tadi. Tu yang aku tarik kerusi ni. Tapi tak sangka pulak aku kau sanggup tampar aku." Jujur Ryan meluahkan menambahkan lagi rasa bersalah ku pada dia. Ku pandang mukanya dan kulihat matanya berair menahan kesakitan. Secara automatik tanganku mengusap pipinya yang merah bekas ditampar tadi sambil memohon maaf pada Ryan.

"Ryan aku minta maaf. Aku..aku tak sengaja Ryan. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tidak tahu kenapa aku sanggup buat macam ni semata-mata kerana terjatuh je. Maafkan aku Ryan."

"Tak apa la Phia mungkin nasibku untuk makan penampar sulung kau. Hehehe..kuat jugak kau ye sampaikan berair mataku ni.." Seloroh Ryan untuk melegakan rasa bersalahku.

"Ryan betul ke kau tak marah kan aku ni. Aku betul-betul tak sengaja tadi Ryan. Fikiranku ke lain sebenarnya tadi." Mata ku sudah berair.

"Syhh..dah la tu Phia jangan menangis. Malu pada kawan-kawan. Dah la tu. Aku tahu apa yang mengganggu fikiran kau tu. Abang Arm dah ceritakan segala-galanya padaku semalam. Aku minta maaf sebab mengabaikan kau kebelakangan ini. Aku tak kisah kena makan penamparmu harini, mungkin ni hukuman kerana telah melukakan persahabatan kita ini." Ujar Ryan sambil tersenyum menampakkan kedua belah lesung pipi nya.

"Thanks Ryan, aku pun minta maaf jugak sebab aku tidak jujur berterus terang dengan kau bila kau tanya." Aku tersenyum gembira. Dan bermula la kehidupan menggembirakan aku sejak haritu. Sinar kegembiraan kembali ke dalam diriku. Aku pun sudah boleh menyesuaikan diri menerima kehadiran Maya ke dalam kumpulan kami.


~~~~~~~~~


Pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Aku dan teman-temanku bakal menghadapi peperiksaan penting yang bakal mencorak masa depan kami iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Suatu hari sedang sibuk menelaah Ryan datang bertanyakan aku.

“Phia..nanti form 1 kau nak pergi sekolah mane?”

“Kau lak nak pergi sekolah mana Ryan?”Soalan dia ku jawab dengan pertanyaan jugak.

“La.. dia ni orang tanya dia boleh pulak dia tanya kita balik. Haha.. Aku kalau rezeki aku dapat 5A UPSR nanti aku nak mohon masuk Maktab Rendah Sains Mara. Kalau tak dapat MRSM, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud. Tak pun sekolah Syeikh, Tok Jiring, SMAASZA, kalau tak dapat semua tu sekolah agama kat tempat kita sudah. Asalkan sekolah tu sekolah berasrama. Kau pulak Phia?”

“Hei kita punya impian samala. Aku pun nak pergi sekolah yang macam kau sebutkan tu. Hahaha mesti best kan lau kita satu sekolah lagi.” Aku tersenyum gembira.


~~~~~~~


Haritu gempar satu kelas 6 Arif apabila guru kelas kami, Cikgu Razif ingin merombak semula susunan kedudukan kami. Dia mengatakan bahawa dia mahu susun kami duduk berlainan jantina atau dengan erti kata lain sepasang sebab ada yang merungut dan mengadu pada dia yang kami nakal serta suka membuat bising. Cikgu Razif menyuruh kami memilih pasangan sendiri. Aku pula tak tahu mahu memilih siapa. Aku tak nak pilih Ryan sebab Ryan mesti nak duduk dengan Maya bukannya aku. Lagipun gossip tentang kami berdua tidak reda lagi. Aku pun tak tahu macam mana kawan-kawan sekelas boleh menggossipkan hal aku dan Ryan. Jadi aku pun menyebut secara rawak je lelaki dalam kelas tu bila Cikgu Razif bertanyakan ku. Setelah itu aku termenung.

Tiba-tiba kudengar suara riuh menyebut namaku. Aku rasa macam satu kelas pandang aku. Aku lihat Ryan tersenyum memandangku. Barulah ku tahu rupa-rupanya Ryan memilih aku. Waktu tu aku tak tahu kenapa hatiku sangat gembira mendengarkannya dan terasa seakan mahu pecah dadaku saat Ryan duduk bersebelahanku. Waktu itu kurasakan semua serba tak kena. Apakah perasaan ini? Aku pun tak tahu dan malas ambil tahu.


~~~~~~~


Gulp…ku telan liurku. Apakah ini?Oh no Ryan jangan memaksa aku untuk berperasaan macam ni. Tak sanggup rasanya ku menahan debaran ini.

*Apakah Ryan lakukan sehinggakan Phia merasakan sedemikian? Ikuti kisah ini untuk sambungan seterusnya. Maaf saya baru belajar menulis. Andai ada yang kurang dan mungkin jalan cerita membosankan saya mohon maaf kerana saya hanyalah insan biasa yang tak mampu menjanjikan apa-apa kesempurnaan.



5 comments:

  1. 1st komen....hehe...not bad..tp ayat ms sek tadika tu cam xberapa sesuai la..sbb bila baca tu msm budak tu dah besar..apepun, 1st try kan..okla...not bad la....4/10...hehe

    ReplyDelete
  2. 1st komen....hehe...not bad..tp ayat ms sek tadika tu cam xberapa sesuai la..sbb bila baca tu msm budak tu dah besar..apepun, 1st try kan..okla...not bad la....4/10...hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha..thanks for komen ura..ayt ms skolah tadika tu cm xlogik ek..hihi dh puas pk xtau nk tls cmne..

    ReplyDelete
  4. kalu aku la..better aku wk cter dr sek ren jer..xla mcm xlojik sgt kan..jrg la org ingt lagi time tadika ni..tp kalu dah sek ren tu maybe la..

    ReplyDelete
  5. hahaha..mslhnye aku igt ag ura..haha..smpai skng aku igt..sbb tu aku wt dr tadika..haha..kra ksh hdup aku gk cume aku tmbh2 skit la cternye..hahaha

    ReplyDelete